mutakhir

Cedera dipukul warga Bangladesh

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera dipukul dengan batang besi dalam pergaduhan di Jalan Tebrau di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.35 malam.

Katanya, dalam insiden itu, lelaki warga tempatan berusia 39 tahun mengalami kecederaan di kepala, lengan dan kaki.

"Menurut maklumat saksi. Suspek memukul mangsa dengan menggunakan sebatang besi.

"Mangsa dihantar dengan ambulans untuk rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, punca dan motif kejadian masih dalam siasatan dan polis kini menjejaki suspek dipercayai seorang lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh menghubungi talian Hot Line IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323.

Terdahulu video pergaduhan itu turut tular di media sosial hari ini.

Disiarkan pada: November 28, 2020 @ 1:55pm
d