mutakhir

Banjir Terengganu semakin pulih [METROTV]

Oleh Zaid Salim

Chukai: Banjir di Terengganu semakin pulih dengan 1,041 orang daripada 269 keluarga di 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah, Kemaman, Dungun dan Marang.

Keadaan cuaca baik sejak tengah malam tadi memberi kelegaan kepada penduduk yang terjejas banjir sebelum ini untuk pulang ke kediaman masing-masing berikutan banjir semakin surut.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat 8 pagi tadi, satu PPS di daerah ini ditutup menjadikan jumlah mangsa yang ditempatkan di lapan PPS adalah 897 orang daripada 229 keluarga.

PPS Balairaya Teladas yang sebelum ini menempatkan 459 mangsa daripada 105 keluarga turut ditutup pagi ini.

Lapan PPS yang masih dibuka adalah Dewan Sivik Kampung Air Putih (383 mangsa, 92 keluarga), Dewan Serbaguna Kampung Felda Seberang Tayor (242 mangsa, 60 keluarga), Masjid Kampung Batu 16 (32 mangsa, sembilan keluarga).

Masjid Batu 14 dan Dewan Orang Ramai Batu 14, kekal masing-masing dengan16 mangsa daripada enam keluarga dan 72 mangsa daripada 17 keluarga.

Manakala di PPS Surau Haji Othman, mangsa yang ditempatkan di pusat berkenaan meningkat kepada 85 mangsa daripada 30 keluarga.

Pusat Pemindahan Pasir Gajah dan Surau Kampung Banho juga kekal dengan 29 mangsa, tujuh keluarga dan 38 mangsa, lapan keluarga.

Dungun juga menunjukkan penurunan daripada 159 mangsa (41 keluarga) kepada 130 mangsa (35 keluarga) manakala Marang kekal dengan 14 mangsa daripada , lima keluarga.

Disiarkan pada: November 29, 2020 @ 11:37am
d