mutakhir

Amaran hujan lebat di utara, pantai timur

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok hingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, negeri-negeri di utara yang terbabit adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak).

Bagi negeri-negeri pantai timur yang terbabit pula adalah Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Disiarkan pada: November 30, 2020 @ 4:59pm
d