mutakhir

19,254 calon SPM 2020 terima RM50 seorang

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Sebanyak RM962,700 diperuntukkan kepada 19,254 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Pahang sebagai suntikan semangat dan tanda keikhlasan daripada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata buat kali pertama, calon SPM 2020 akan menerima RM50 seorang daripada 214 sekolah.

"Jumlah itu membabitkan 17, 778 pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan di samping 1,476 sekolah agama negeri, sekolah menengah agama rakyat dan maahad tahfiz.

"Sekiranya kedudukan kewangan negeri lebih baik pada 2020, kerajaan negeri akan memberi tambahan tetapi ia bergantung kepada sumber kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan insentif pembelajaran secara dalam talian bagi calon SPM 2020 Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata, bagi murid tahun satu sesi persekolahan 2021, seramai 24,738 orang akan menerima RM100 seorang membabitkan peruntukan RM2,473,800 pada awal Januari depan.

Disiarkan pada: December 2, 2020 @ 7:38pm
d