mutakhir

Rampas 200 kilogram daun ketum

Oleh Hamzah Osman

Langkawi: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi merampas 200 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM27,000 di muara Kuala Perlis, Perlis, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 1 Langkawi, Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid berkata, serbuan dibuat ke atas sebuah sampan kayu dipercayai dalam perjalanan keluar dari Kuala Perlis dengan muatan daun ketum untuk diseludup ke Thailand pada 7.45 malam.

Menurutnya, pasukan operasi yang bergegas ke lokasi berjaya memintas sampan yang dinaiki dua suspek sejurus menerima maklumat.

Katanya, dua suspek di atas sampan terbabit sempat mololoskan diri dalam gelap sebaik sampan ditahan.

"Pemeriksaan atas sampan menemui 20 bungkusan plastik mengandungi daun ketum seberat 200 kg dengan nilai dianggarkan RM27,000.

"Barangan rampasan kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar untuk tindakan lanjut," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Disiarkan pada: December 3, 2020 @ 5:56pm
d