mutakhir

4 PPS dibuka di Raub

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Raub dibuka, hari ini selepas daerah dilanda banjir membabitkan 55 mangsa daripada 19 keluarga.

Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS dibuka di Balai Raya Kampung Ulu Sungai yang menempatkan 20 mangsa daripada enam keluarga.

"Balai UMNO Batu Talam merekodkan enam mangsa, empat keluarga, Masjid Kampung Kuala Semantan (19 mangsa, enam keluarga) dan Sekolah Kebangsaan Tersang (10 mangsa, tiga keluarga)," katanya.

Difahamkan, hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Raub terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah mengalami banjir bermula 12 tengah malam tadi.

Sementara itu, menurut publicinfobanjir.water.gov.my, paras Sungai Lipis, Batu Malim di Raub melebihi paras bahaya dengan bacaan 114.89 meter (m), 8.15 pagi tadi.

Paras normal Sungai Lipis ialah 113.20 m, manakala berjaga-jaga pada paras 114 m dan amaran pula 114.24 m

Disiarkan pada: December 4, 2020 @ 10:47am
d