mutakhir

Ahmad Faizal tiba di Istana Kinta [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah

Ipoh: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilihat memasuki perkarangan Istana Kinta, di sini, bagi mengadap sembah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ahmad Faizal tiba pada 5.15 petang diringi Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh dengan menaiki kereta Toyota Camry.

Sebelum itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Azmir Shah Zainal Abidin dilihat tiba di perkarangan Istana Kinta dengan beberapa kenderaan berasingan.

Manakala, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dilihat tiba dan memasuki perkarangan Istana pada 4.40 petang bagi menyembah maklum berhubung keputusan usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal yang diputuskan DUN pagi tadi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya pada sidang DUN Perak.

Usul berkenaan dikemukakan oleh Datuk Abdul Manaf Hashim (BN-Pengkalan Bharu) pada persidangan yang berlangsung pagi tadi.

Disiarkan pada: December 4, 2020 @ 5:46pm
d