mutakhir

Anggota PGA dan polis bantuan maut dipercayai dihanyutkan kepala air

Oleh Erika George

Baram: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis bantuan maut dipercayai dihanyutkan kepala air di Kem Lanyun, Long Lama di sini, semalam.

Menurut sumber, dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, kedua-dua mangsa bersama enam anggota lain sedang berehat di tebing sungai ketika berlaku kepala air.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengesahkan kedua-dua mangsa berpangkat Sarjan itu ditemukan meninggal dunia hari ini dan mayat dihantar ke Klinik Long Lamah.

"Kita turut difahamkan bahawa pasukan PGA Miri sedang dalam perjalanan ke Klinik Long Lamah bagi mengambil mayat kedua-dua mangsa," katanya.

Ketika kejadian, mangsa dan pasukannya sedang menjalani operasi rutin tugasan malam sebelum mereka didapati hilang daripada kumpulan.

Faktor cuaca yang gelap menjadi antara faktor kedua-dua mangsa susah dikesan, sebelum mayat mereka ditemukan petang tadi.

Berita berkaitan

  • 2 anggota PGA hilang ditemui maut
  • Disiarkan pada: December 4, 2020 @ 9:04pm
    d