mutakhir

Guna LPT2 jika laluan lain tutup akibat banjir

Oleh Digital HM

Kuala Terengganu: Penduduk Pantai Timur yang terkesan dengan musim tengkujuh, terutama bagi laluan antara Jabor dan Kuala Terengganu, disyor supaya menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sekiranya laluan lain ditutup akibat banjir.

Pengurus Perniagaan LPT2 Sdn Bhd Roszi Ibrahim berkata, pihaknya menggalakkan orang ramai di Pantai Timur menggunakan lebuh raya LPT2 yang lebih selamat, selesa dan lebih mudah.

"Lebuh raya kami bukan sahaja menyediakan kawasan rehat yang bersih, tetapi juga 60 anggota LPT2 Ronda yang terlatih serta 30 pasukan rondaan sekiranya berlaku kecemasan.

"Apabila berlaku kecemasan, orang ramai boleh memilih untuk berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Perasing, Paka dan Ajil," katanya dalam kenyataannya, malam tadi.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi talian bantuan LPT2, 1800-88-0220 yang menyediakan maklumat trafik terkini dan memberikan bantuan di sepanjang lebuh raya sepanjang 184 kilometer di antara Jabor dan Kuala Terengganu itu.

Disiarkan pada: December 5, 2020 @ 12:08am
d