mutakhir

Anggota polis pukul teman wanita dengan besi angkara cemburu

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Serdang: Cemburu apabila teman wanita didakwa curang menyebabkan seorang anggota polis tergamak menyerang mangsa dengan batang besi di pangsapuri wanita terbabit di Bandar Puchong Jaya di sini, jam 5.30 petang semalam.

Terdahulu, lelaki berusia 34 tahun terbabit datang ke pangsapuri mangsa, 46, dan memaksanya turun untuk bertemu namun wanita terbabit enggan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, suspek kemudiannya merosakkan tiga kereta iaitu Honda Civic, Proton Satria Neo dan Perodua milik mangsa, anak dan suami anaknya.

Kejadian terbabit disakikan anak perempuan mangsa yang berusia 26 tahun.

"Jiran mereka turut memaklumkan anak mangsa yang ibunya dipukul dengan besi sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

"Anak mangsa kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian. Susulan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati, suspek mengamuk kerana cemburu apabila wanita terbabit menjalinkan hubungan dengan lelaki lain," katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: December 5, 2020 @ 2:50pm
d