mutakhir

Lelaki ditemukan mati ketika minta sedekah

Oleh BERNAMA

Kuala Nerus: Seorang lelaki berusia 52 tahun ditemukan mati di Dataran Austin di sini pada 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berkaitan insiden itu pada 12.30 tengah hari.

"Saksi berkata lelaki terbabit adalah seorang peminta sedekah yang berada di luar pekarangan sebuah bank tiba-tiba rebah.

"Hasil pemeriksaan pasukan kesihatan mendapati lelaki itu meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Disiarkan pada: December 5, 2020 @ 6:18pm
d