mutakhir

8 PPS di Raub ditutup

Oleh Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Banjir di daerah Raub pulih sepenuhnya apabila 157 mangsa yang berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibenarkan pulang petang ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memutuskan untuk menutup 8 PPS jam 5.30 petang tadi.

Katanya, lapan PPS iaitu Balai Umno Batu Talam, Masjid Kampung Kuala Semantan, Sekolah Kebangsaan (SK) Tersang, Balai Raya Kampung Sengkela, SK Ulu Sungai, Dewan Serbaguna Kampung Pia, Masjid Kampung Temau dan Balai Raya Kampung Chenua ditutup sepenuhnya.

Zulkhairi berkata, kini hanya satu PPS sahaja masih beroperasi di Pahang iaitu di SK Sri Terentang, Pekan yang menempatkan satu keluarga dari Kampung Permatang Chicar.

Disiarkan pada: December 5, 2020 @ 9:05pm
d