mutakhir

Maut kereta terbalik dalam parit

Oleh Erika George

Sibu: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terbalik ke parit besar di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Sungai Sadit, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Alfred Lee Yau Run, 2, maut selepas tersepit di dalam kereta Perodua Axia dipandunya.

Beliau berkata, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada 12.25 tengah malam.

"Bomba mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa yang parah di kepala serta badan dan tersepit di tempat duduk pemandu.

"Siasatan awal dijalankan mendapati semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari pusat bandar Sibu menuju ke rumahnya di Sungai Sadit sebelum merempuh tiang Telekom dan terbalik ke dalam parit besar di tepi jalan yang berair," katanya.

Disiarkan pada: December 6, 2020 @ 4:11pm
d