mutakhir

Hak Sultan Nazrin umumkan Menteri Besar Perak - Zahid

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: "Majoriti, Insya Allah," kata Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ringkas yang memberi bayangan bahawa calon Menteri Besar Perak yang dikemukakan mendapat sokongan menyeluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui sejurus keluar daripada Istana Kinta di sini, hari ini selepas mengadap sembah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

"Alhamdulillah saya telah diperkenankan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mengadap dan mempersembahkan surat memohon perkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.

"Pengumuman untuk Menteri Besar Perak itu akan dibuat oleh Tuanku sendiri dan kenyataan selepas ini hanya akan dikeluarkan oleh pihak Istana," katanya.

Ahmad Zahid berkata, beliau hanya mempersembahkan calon yang mempunyai sokongan majoriti dan yakin diperkenankan.

Ditanya sama ada kerajaan baharu daripada gabungan Bersatu dan Pas, katanya, "saya telah menyatakan bahawa seboleh mungkin kita mempertahankan kesepakatan PN (Pakatan Nasional), ertinya kerjasama pembentukan kerajaan ini adalah antara Umno, Bersatu dan Pas," katanya.

Beliau juga bertegas enggan mendedahkan calon menteri besar itu.

"Saya menjunjung titah Tuanku supaya hak untuk mencalonkan itu adalah hak Umno dan BN (Barisan Nasional) tetapi hak untuk mengumumkan calon itu adalah hak mutlak Tuanku dan (pihak) Istana akan memaklumkannya," katanya.

Berita berkaitan

  • DAP sedia jalin kerjasama dengan Umno di Perak
  • SD 26 Adun sokong Saarani jadi MB
  • Sultan Perak perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal
  • Kerajaan PN Perak mesti dikekalkan - Umno
  • Ahmad Faizal berharap PN Perak tidak berpecah-belah
  • Saarani, Shahrul Zaman, Abdul Aziz disebut-sebut calon MB Perak?
  • Usul undi percaya bukti mendaulatkan sistem demokrasi
  • PAS tidak sertai pembentukan kerajaan Perak baharu
  • 'Nampak tenang, dalam jiwa berkocak'
  • Ahmad Faizal tak akan usul bubar DUN
  • Ahmad Faizal jamin peralihan kerajaan Perak berhemah
  • Ahli Bersatu Perak diminta bertenang: Ahmad Faizal
  • MB Perak gagal dapat sokongan majoriti
  • Disiarkan pada: December 8, 2020 @ 11:36am
    d