mutakhir

Bersatu belum mohon menghadap Sultan Perak

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak belum mengemukakan permohonan untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung isu pelantikan Menteri Besar Perak.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut menegaskan Bersatu Perak belum menerima titah menghadap Seri Paduka.

"Ingin dimaklumkan kami tidak menerima titah untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak secara rasmi dari pihak Istana seperti dilaporkan oleh media massa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, pihak media dimaklumkan pemimpin PH dan Bersatu akan menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada jam sekitar 3 petang.

Disiarkan pada: December 8, 2020 @ 5:48pm
d