mutakhir

Kaunter deposit simpanan Tabung Haji di Pejabat Pos ditutup

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Perkhidmatan deposit simpanan Tabung Haji di semua kaunter pejabat pos akan ditamatkan bermula 2 Januari depan.

Pos Malaysia berkata, sebagai alternatif, pelanggan boleh melakukan perkhidmatan itu secara dalam talian melalui Pos Online di www.posonline.com.my.

"Kami menghargai sokongan dan mengalu-alukan kunjungan anda. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami menerusi AskPos di www.pos.com.my," menurut Pos Malaysia melalui ciapan di Twitter rasminya, @pos4you.

Disiarkan pada: December 8, 2020 @ 5:52pm
d