mutakhir

Polis tumpaskan Geng Ho Kia

Oleh Omar Ahmad

Johor Bahru: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Ho Kia yang dipercayai aktif melakukan kes pecah rumah serta curi kenderaan selepas tiga ahlinya ditahan dalam tiga serbuan berasingan sekitar bandar raya ini dan Ulu Tiram, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, serbuan dibuat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), dari 1 hingga 7 pagi.

Katanya, dalam tiga serbuan berasingan itu, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 36 tahun yang mendalangi aktiviti jenayah kumpulan berkenaan sejak tiga bulan lalu.

"Berdasarkan modus operandi kumpulan ini, mereka memecah masuk rumah pada waktu siang dan menggunakan kuku kambing untuk menceroboh ke dalam kediaman mangsa.

"Suspek akan melarikan kenderaan mangsa sekiranya kunci kenderaan ditinggalkan di rumah," katanya dalam kenyataannya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu, polis merampas dua kereta dan pelbagai jenis peralatan tajam seperti kuku kambing, skru dan parang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah dilakukan suspek.

"Semakan rekod kesalahan lampau mendapati semua suspek pernah terbabit dalam kegiatan jenayah dan dadah.

"Semua suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Johor Bahru: Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Ho Kia yang dipercayai aktif melakukan kes curi kenderaan serta pecah rumah selepas tiga ahlinya ditahan dalam tiga serbuan berasingan sekitar bandar raya ini dan Ulu Tiram, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, serbuan dibuat pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), dari 1 hingga 7 pagi.

Katanya, dalam tiga serbuan berasingan itu, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 22 hingga 36 tahun yang mendalangi aktiviti jenayah kumpulan berkenaan.

"Polis turut merampas dua kereta dan pelbagai jenis peralatan tajam seperti kuku kambing, skru dan parang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah dilakukan suspek.

"Semakan rekod kesalahan lampau mendapati semua suspek pernah terbabit dalam kegiatan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataannya, di sini, hari ini.

Katanya, semua suspek direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: December 9, 2020 @ 4:22pm
d