mutakhir

Perlis rekod sifar miskin tegar

Oleh BERNAMA

Kangar: Perlis mencatatkan sifar miskin tegar, apabila pendapatan isi rumah di negeri ini melebihi paras Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu RM888 sebulan, pada 2020.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Asmaiza Ahmad berkata, sehingga 7 Disember, jumlah rakyat Perlis yang tersenarai dalam garis kemiskinan semakin berkurangan.

"Mengikut rekod, pada tahun 2016 seramai 16,524 isi rumah berada dalam garis kemiskinan dan tahun ini (2020) seramai 12,841 isi rumah berjaya keluar daripada garis kemiskinan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Asmaiza (BN-Chuping) berkata demikian menjawab soalan Gan Ay Ling (PKR-Indera Kayangan) mengenai statistik rakyat Perlis dalam golongan miskin dan miskin tegar dalam sistem e-Kasih.

Katanya sehingga kini terdapat 3,683 isi rumah masih berada pada taraf miskin.

Disiarkan pada: December 9, 2020 @ 4:26pm
d