mutakhir

Mayat bayi dalam beg plastik

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Sekinchan: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di kebun sawit di belakang sebuah rumah di Kampung Tali Air 11, Pasir Panjang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mayat ditemui dalam bungkusan beg plastik oleh seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pemeriksaan awal mendapati keadaan bayi terbabit cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang masih bersambung selain terdapat najis bayi di dalam beg.

"Hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan bayi itu meninggal dunia kurang daripada 24 jam berdasarkan keadaan darah yang belum kering.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: December 11, 2020 @ 3:19pm
d