mutakhir

Perkhidmatan kiosk di bangunan KWSP Johor Bahru dibuka semula

Oleh Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Perkhidmatan kiosk di bangunan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru dibuka semula mulai Isnin ini.

KWSP menerusi kenyataan media berkata, bagaimanapun kaunter cawangan KWSP Johor Bahru masih ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Katanya, ahli boleh menggunakan kiosk bagi urusan pengaktifan Kod Pengesahan Transaksi (TAC), pendaftaran ahli, pendaftaran i-Akaun, mencetak penyata serta menyemak atau mengemas kini profil.

"Ahli yang sudah berdaftar dengan i-Akaun juga boleh membuat transaksi secara dalam talian untuk perkhidmatan tertentu.

"Ahli KWSP di Johor juga boleh berurusan di cawangan lain seperti Batu Pahat, Kluang, Kulai, Mersing, Muar dan Segamat, serta menggunakan mana-mana kiosk pihak ketiga di sekitar negeri ini.

"Maklumat berkaitan cawangan, kiosk ataupun kiosk pihak ketiga yang terdekat boleh diperolehi menerusi https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan, KWSP sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan setiap pelawat dan anggota dalam memastikan semua cawangan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP.

Disiarkan pada: December 12, 2020 @ 5:38pm
d