mutakhir

Balai Polis Belaga musnah terbakar

Oleh Erika George

Belaga: Bangunan pejabat pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga di sini, ranap terbakar tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.19 tengah hari.

"Lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran," katanya.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran bagunan dua tingkat diperbuat daripada kayu itu turut dibantu BBP Bintulu.

Katanya, Pasukan Bomba Sukarela Belaga turut berada di lokasi kejadian bagi membantu mengawal kebakaran.

"Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran," katanya.

Katanya, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu.

Disiarkan pada: December 14, 2020 @ 3:23pm
d