mutakhir

Panjang umur kau dik!

Oleh Ahmad Ismail

Tangkak: Dua beradik terselamat selepas dihanyutkan arus ketika terjatuh ke dalam longkang besar di Taman Tangkak Jaya di sini, petang hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak Rafiah Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 3.15 petang.

Menurutnya, sepasukan 10 pegawai dan anggota dihantar ke lokasi bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat dua kanak-kanak lelaki berusia lapan dan empat tahun dihanyutkan dalam longkang selebar tiga meter dan dalam tiga meter itu.

"Bagaimanapun, mangsa berusia empat tahun berjaya diselamatkan orang," katanya.

Rafiah berkata, pihaknya terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan abang mangsa sebelum menemuinya dalam keadaan selamat kira-kira 400 meter dari lokasinya dipercayai terjatuh.

"Kedua beradik itu dikatakan terjatuh ke dalam longkang terbabit ketika cuba menyelamatkan sepasang selipar milik mangsa berusia lapan tahun," katanya.

Disiarkan pada: December 14, 2020 @ 11:18pm
d