mutakhir

MB umum portfolio Exco Perak [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Perak mengumumkan senarai 11 portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) baharu, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan bertanggungjawab terhadap portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC.

ADUN Semanggol, Razman Zakaria (Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan) manakala ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau).

ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil) .

Di samping itu, ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia) dan ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan), ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya (Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor), manakala ADUN Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, dan NGO)

Selain itu, ADUN Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun (Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam) manakala ADUN BOTA, Khairul Shahril Mohamed (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia).

Senarai portfolio itu diumumkan Saarani pada majlis di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Pada 10 Disember lalu, empat ADUN Perak daripada UMNO dan seorang daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengangkat sumpah jawatan EXCO, di Istana Iskandariah di sini.

Manakala 14 Disember lalu, Istiadat angkat sumpah lantikan lima lagi EXCO kerajaan negeri dilaksanakan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini.

Pada 5 Disember lalu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak selepas hilang majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Disiarkan pada: December 23, 2020 @ 2:56pm
d