mutakhir

Amaran hujan lebat di Sabah

Oleh Nor Haidya Syafira Amir

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa daerah di Sabah.

Ia diramal bermula esok hingga Sabtu.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata, amaran meliputi kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Katanya, pihaknya turut menjangkakan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j), dengan ombak mencapai 3.5 meter di Sabah dalam tempoh berkenaan.

"Keadaan ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit," katanya.

Disiarkan pada: December 23, 2020 @ 6:45pm
d