mutakhir

Hanya 5 PPS masih dibuka di Kelantan

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Banjir di Kelantan hampir pulih dengan hanya 576 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 6 petang ini.

Kesemua mangsa membabitkan 214 keluarga ditempatkan di lima PPS di Pasir Mas.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia membabitkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang 2 membabitkan 201 mangsa.

Selain itu SK Kedai Tanjong (110 mangsa); SK Tok Deh (100 mangsa); SK Bakong (85 mangsa) dan SK Kubang Kual merekodkan 80 mangsa.

Sementara itu, portal ebanjir Kelantan mendapati, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9.61 meter.

Disiarkan pada: December 23, 2020 @ 7:41pm
d