mutakhir

Bekas Speaker Dun Johor meninggal dunia

Oleh Adnan Ibrahim

Johor Bharu: Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, 80, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di sini, malam ini.

Berita sedih itu dikongsi anaknya, Shukur yang memaklumkan jenazah arwah ayahnya akan dibawa pulang ke kediaman mereka di No 9, Jalan Kemuncak 12, Taman Nong Chik, di sini.

Katanya, ayahnya yang juga bekas Ahli Parlimen Sri Gading menghembuskan nafas terakhir pada 9.50 malam selepas menerima rawatan akibat sakit buah pinggang sejak 9 Disember lalu.

"Kepada sahabat handai dan saudara mara yang ingin berziarah silalah ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kami bagi pihak arwah ayah memohon ampun dan maaf di atas segalanya dan jika abah kami ada mempunyai hutang piutang bolehlah berjumpa kami untuk diselesaikan," katanya.

Disiarkan pada: December 24, 2020 @ 11:28pm
d