mutakhir

Semoga mangsa segera ditemukan

Oleh Rosli Ilham

Marang: "Kalau keadaan angin lintang-pukang ini berakhir pada malam ini, saya percaya mangsa akan dibawa ombak naik ke daratan," kata nelayan Yusof Abdullah.

Yusof, 73, yang tinggal di Kampung Jambu Bongkok, di sini, berkata musim tengkujuh pada kali ini sangat berbeza berbanding sebelum ini.

"Tahun ini sangat pelik dengan angin kencang datang dari pelbagai sudut yang menjadikan ombak sentiasa kuat.

"Jika keadaan angin bergerak satu arah dari laut ke darat, sudah tentu mangsa lemas ini sudah dibawa ombak ke darat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di Kampung Jambu Bongkok, di sini, hari ini.

Menurutnya, jika dilihat dari faktor arus, dia percaya mangsa mungkin sudah dihanyutkan ke arah Timur iaitu menghala ke arah Rantau Abang dan boleh sampai ke Kuala Dungun.

"Pada pendapat saya, mangsa tidak akan hanyut ke tengah laut memandangkan arus tidak bergerak ke tengah.

"Mangsa ini hanyut dan bergerak sekitar kawasan beting dan tak akan keluar ke laut kerana keadaan angin tenggara dilihat kuat bertiup ke arah darat," katanya.

Katanya, dia berharap mangsa segera ditemui dan berharap pihak berkuasa lebih kerap menumpu kawasan pencarian ke arah Timur.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang semalam, Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, dikhuatiri lemas ketika mandi bersama enam rakannya di pantai berkenaan.

Sehingga kini, usaha mencari dan menyelamat membabitkan seramai 81 anggota pelbagai agensi penyelamat dan penduduk kampung masih belum berhasil.

Berita berkaitan

SAR dua lelaki hilang ditarik ombak diteruskan [METROTV]

Kenduri diteruskan walau tiada pernikahan [METROTV]

Ombak kuat cabaran pencarian dua lelaki dikhuatiri lemas

'Dua lelaki lemas masih belum ditemui'

'Cepatlah kita mandi laut, nanti aku mati kempunan...'

'Bakal pengantin lelaki dijadual bernikah hari ini dikhuatiri lemas [METROTV]'

'Lelaki ajak rakan mandi laut dikhuatiri lemas'

Disiarkan pada: December 26, 2020 @ 8:20pm
d