mutakhir

BSN Kok Lanas dan BSN Kuala Krai ditutup hingga 10 Januari

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Cawangan Perbankan Islam Bank Simpanan Nasional (BSN) Kok Lanas dan Kuala Krai ditutup sementara bagi proses sanitasi bermula hari ini sehingga 10 Januari depan.

Penutupan itu berikutan kakitangan di cawangan perbankan berkenaan mempunyai kontak dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan dikeluarkan, operasi mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di kedua-dua cawangan itu juga akan beroperasi semula pada 11 Januari tahun hadapan pada jam 11 pagi.

Bagaimanapun sebagai alternatif, pelanggan boleh berkunjung ke cawangan Perbankan Islam BSN Melor bagi cawangan Perbankan Islam BSN Kok Lanas dan cawangan Perbankan Islam BSN Machang bagi cawangan Perbankan Islam BSN Kuala Krai.

"Pengeluaran wang tunai juga boleh dibuat di semua mesin ATM rangkaian MEPS yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

"Selain itu, pelanggan juga digalakkan menggunakan perbankan Internet myBSN bagi keperluan perbankan. Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini.

"Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900," katanya

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: December 28, 2020 @ 11:27am
    d