mutakhir

Jumpa 1.2 tan beras di tepi sungai

Oleh Siti Rohana Idris

Tumpat: Anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) menemui longgokan 1.2 tan beras di pangkalan haram Kuala Jambu di sini, ketika meronda kawasan berkenaan, jam 12.50 tengah malam tadi.

Pegawai Pemerintah Medan Superintendan Azhari Nusi berkata, anggotanya sedang melakukan rondaan bermotosikal sebelum menemui beras berkenaan di tebing sungai.

"Anggota menunggu kira-kira sejam namun tiada individu tampil untuk mengambil beras berkenaan.

"Beras terbabit diseludup dari Thailand menggunakan jalan tidak diwartakan," katanya dihubungi hari ini.

Azhari berkata, beras bernilai lebih RM4,000 itu untuk pasaran tempatan dan dibawa ke Balai Polis Kuala Jambu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: December 30, 2020 @ 4:01pm
d