mutakhir

Meninggal dunia ketika daki Bukit Batu Gantung

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Lelaki berusia 60 tahun ditemukan meninggal dunia ketika mendaki Bukit Batu Gantung, Ayer Itam, di sini, hari ini.

Mangsa, Yeoh Kee Chuan dari Bagan Jermal di sini, disahkan meninggal dunia oleh pasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pegawai Bomba Kanan II Safry Romly dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.22 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan dan sebaik tiba di lokasi, mangsa sudah meninggal dunia.

"Difahamkan, mangsa meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki bersama sekumpulan rakannya.

"Mayat mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi pendakian," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Mangsa diturunkan menggunakan pengusung sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Disiarkan pada: December 31, 2020 @ 8:00pm
d