mutakhir

Ambang Tahun Baharu di Terengganu penuh dengan ceramah agama

Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Sambutan Tahun Baharu 2021 di negeri ini mencipta kelainan apabila ia diraikan secara dalam talian menerusi aktiviti keagamaan, Pentas Online Ambang Tahun Baharu 2021.

Sambutan Tahun Baharu secara dalam talian itu diadakan di markas Tarbiah, Kuala Ibai, malam ini.

Pegawai Korporat Urus Setia Penerangan Darul Iman, Mohd Amaturrahman Jaafar menjelaskan, Pentas Online ambang Tahun Baharu 2021 itu dilakukan dengan mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, antara ahli panel yang terbabit pada program pentas online adalah Exco Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah serta Exco Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

"Pentas Online Ambang Tahun Baharu akan dipengerusikan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS), Kamaruzzaman Abdullah, " katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati berlaku kesesakan lalu lintas di beberapa di Jambatan Angkat atau Terengganu Drawbridge.

Kesesakan itu berlaku susulan kebanyakan pengunjung bertumpu ke kawasan Hulu Takir untuk merakamkan gambar menara di Jambatan Angkat.

Disiarkan pada: December 31, 2020 @ 11:35pm
d