mutakhir

Juragan trauma kenang tragedi

Oleh Norsyazwani Nasri

Sebuyau: "Saya tak tidur semalaman kerana trauma apabila mengenang tragedi meragut nyawa sembilan sekeluarga itu," kata juragan feri, Kurmi Denan.

Dia menyaksikan kenderaan pacuan empat roda itu terjunam ke dalam Sungai Batang Lupar di pangkalan feri Triso, petang semalam.

Katanya, dia hairan melihat kenderaan itu tiba-tiba bergerak menuruni platform dan terus menuju sungai sedangkan feri sudah bergerak menuju ke pangkalan feri Sebuyau.

"Sejurus melihat kenderaan terbabit berada di permukaan air, saya serta segera berpatah balik dalam usaha untuk menyelamatkan kenderaan yang masih terapung itu.

"Namun ia terus tenggelam dan apa yang membuatkan saya masih trauma apabila ternampak lambaian terakhir tangan mangsa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kurmi turut menyuarakan kekesalan terhadap sikap netizen di media sosial yang menyalahkan pihak operator feri.

"Ada yang melemparkan tuduhan mengatakan kenderaan pacuan empat roda itu diarahkan berundur keluar dari feri.

"Itu tidak benar dan netizen tidak wajar berkongsi berita yang tidak sahih bagi menghormati keluarga mangsa," katanya.

Dalam kejadian itu, semua sembilan mangsa terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan meninggal dunia.

Berita berkaitan

'Saya hilang dua anak, tujuh cucu serentak'

Segera bina penghadang kukuh di laluan jeti

Tragedi Triso: Jangan sebar gambar, video mangsa lemas di media sosial

Tragedi Triso: Kenderaan hilang kawalan sebelum jatuh ke sungai

Tragedi lemas: Kerajaan Sarawak akan siasat punca kejadian

Tragedi lemas: Terkorban ketika nak hantar ahli keluarga ke tahfiz

[UPDATE] Seorang lagi meninggal dunia [METROTV]

8 sekeluarga lemas, kenderaan jatuh sungai [METROTV]

Disiarkan pada: January 2, 2021 @ 5:00pm
d