mutakhir

Teluk Intan turut dilanda banjir

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Teluk Intan: Limpahan air Sungai Bidor susulan hujan berterusan sejak semalam menyebabkan Kampung AC Air Hitam di sini, dilanda banjir kilat hari ini.

Ia menjejaskan 20 orang daripada lapan keluarga menyebabkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap dibuka.

Bagaimanapun, hanya sebahagian mangsa berpindah ke PPS, manakala sebahagian lagi ke rumah saudara terdekat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan Noor Ahmad Mohd Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.44 petang.

Menurutnya, mangsa terjejas membabitkan sembilan wanita dan 11 lelaki.

"Paras air naik setinggi 0.9 meter di kawasan rumah penduduk susulan limpahan air sungai dan hujan lebat.

"Difahamkan, hanya sebahagian mangsa saja yang berpindah ke PPS dan jumlah sebenar masih belum diperolehi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, anggota bomba kini membantu memindahkan mangsa dan membuat pemantauan di lokasi.

Disiarkan pada: January 3, 2021 @ 10:20pm
d