mutakhir

Banjir: 13 jalan di Kota Tinggi ditutup

Oleh Mohamed Farid Noh

Kota Tinggi: Sebanyak 13 jalan utama di sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami banjir antara 0.5 hingga 1.2 meter.

JKR Johor dalam kenyataannya berkata, semua 13 laluan itu ditutup sejak jam 9 pagi hari ini.

Laluan yang terjejas termasuklah Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran kubu (1.0 meter), Jalan Kota Tinggi-Mersing Batu 16 (0.8 meter) dan Jalan Kota Tinggi-Mersing di RISDA (0.85 meter).

Turut ditutup sepenuhnya adalah Jalan Kota Tinggi-Kluang di Arked Mara (0.7 meter), Jalan Lok Heng-Mawai-Sungai Mas di Jambatan Sungai Semalok (1.0 meter), Jalan Tai Hong (0.7 meter) dan Jalan Tai Hong berhampiran kampung (1.1 meter).

Selain itu, Jalan Tun Sri Lanang (0.9 meter), Jalan Semanggar dekat jambatan (1.2 meter), Jalan Mawai Lama (0.6 meter), Jalan Kampung Kelantan-Kampung Panti (0.6 meter) dan dua kawasan di Jalan Sungai Telor yang dinaiki air 1.7 meter dan 1.2 meter.

Disiarkan pada: January 4, 2021 @ 11:39am
d