mutakhir

Masalah hidraulik punca lori tersangkut

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Sebuah lori tiga tan yang mengalami masalah sistem hidraulik 'tersangkut' di bawah jejambat di Lebuhraya Persekutuan, hari ini.

Kejadian pada 3 petang itu menyebabkan pemandunya cedera di bahagian tulang belakang.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ramli Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 3.13 petang.

"Susulan itu satu jentera dan satu van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan membabitkan lori tiga tan terkandas di bawah jejambat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kerja pengalihan kenderaan berat itu dilakukan selesai dalam setengah jam.

"Pemandu yang cedera di belakang badan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan.

"Siasatan mendapati pemandu kenderaan tidak menyedari sistem hidraulik kenderaan itu terangkat sebelum terkandas di jejambat berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: January 5, 2021 @ 8:36pm
d