mutakhir

10,086 mangsa di 43 PPS di Terengganu

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Chukai: Jumlah mangsa banjir di Terengganu tidak menunjukkan perubahan ketara apabila dua daerah iaitu Dungun dan Kemaman masih terjejas.

Sehingga 8 pagi tadi, seramai 10,086 mangsa daripada 2,534 keluarga masih berada di 43 pusat pemindahan sementara (PPS).

Petang semalam, seramai 10,124 mangsa daripada 2,566 keluarga ditempatkan di 50 PPS.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, jumlah mangsa di Kemaman adalah seramai 8,626 orang daripada 2,125 keluarga di 19 PPS.

Katanya, ia menunjukkan penambahan berbanding petang semalam yang merekodkan seramai 7,897 mangsa daripada 1,930 keluarga ditempatkan di 25 PPS.

"Di Dungun, jumlah mangsa banjir adalah seramai seramai 1,460 orang daripada 409 keluarga ditempatkan di 24 PPS," katanya.

Che Adam berkata, hanya Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman melepasi paras bahaya dengan bacaan 5.18 meter (m)

Katanya, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau pula berada pada paras amaran dengan bacaan 12.48 m, manakala lima lagi sungai direkodkan berada pada paras waspada.

Disiarkan pada: January 10, 2021 @ 10:10am
d