mutakhir

Hamzah Zainudin positif Covid-19

Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Putrajaya: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin disahkan positif Covid-19 hari ini dan akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Pejabat Menteri KDN dalam kenyataanya berkata, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin berkenaan Hamzah akan memantau serta memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar dari masa ke semasa.

"Sehubungan itu, semua kontak beliau bermula 8 sehingga 11 Januari ini diminta untuk tampil ke pusat saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan saringan Covid-19.

"Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan kepadanya dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul atas perkembangan ini," katanya.

Sebelum ini media melaporkan semua menteri Kabinet akan menjalani ujian saringan Covid-19, susulan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif.

Selain Jemaah Menteri, turut diarahkan menjalani ujian saringan ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan semua yang hadir dalam mesyuarat parti itu, Rabu lalu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 12, 2021 @ 1:19pm
    d