mutakhir

Individu positif Covid-19 varian UK B117 tiada kontak rapat

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Tiada kontak rapat dikesan terhadap individu berusia 22 tahun yang dikesan positif Covid-19 varian UK B117.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 13 rakyat Malaysia yang pulang dari United Kingdom (UK).

"Bagaimanapun 12 lagi tidak dapat dilakukan genome sequencing berikutan nilai ambang (CT value) yang tinggi.

"Manakala untuk individu yang dikesan mempunyai mutasi B117 sudah diasingkan menerusi kuarantin pada hari pertama tiba di negara ini," katanya pada sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ujian saringan pertama terhadap individu berkenaan adalah negatif, namun ujian saringan kedua dia didapati positif.

"Untuk individu berkenaan nilai ambang adalah rendah, hasil genome sequencing yang dijalankan didapati individu terbabit positif varian B117.

"KKM juga melakukan ujian itu terhadap sembilan lagi kes yang mempunyai sejarah perjalanan dari UK," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: January 13, 2021 @ 8:10pm
    d