mutakhir

Paip pecah lagi

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Kuala Selangor: Penduduk di empat kawasan di daerah ini diuji dengan gangguan bekalan air tidak berjadual buat kali kedua apabila kejadian paip pecah di Parit Mahang, Ijok, di sini, berulang kembali pada 3.20 pagi, hari ini.

Menerusi aplikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), empat kawasan terbabit ialah Parit Mahang, Kampung Bukit Kuching, Kampung Bukit Hijau dan Kampung Bukit Cherakah.

Katanya, penutupan bekalan air dibuat bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan.

"Proses kerja pembaikan sedang berlangsung dan segala usaha diambil bagi mempercepat kerja-kerja pembaikan serta meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas.

"Status terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sasaran awal kerja siap pada 1.20 tengah hari ini.

"Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300. Segala kesulitan amatlah dikesali," katanya, di sini.

Media pada 13 Januari lalu melaporkan empat kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di lokasi sama.

Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 8:11am
d