mutakhir

Banjir Raub: 90 tan sampah dikumpul

Oleh Roselan Ab Malek

Raub: Televisyen, peti ais, kipas, dan barangan elektrik lain serta perabut, sofa, tilam dan pakaian antara barangan yang terpaksa dibuang oleh penduduk yang terjejas banjir.

Setiausaha Majlis Daerah Raub (MDR) Mohd PauziAbu Hussaini berkata, kerja pembersihan dilakukan kakitangan MDR untuk membantu penduduk yang terjejas banjir melupuskan barang yang hendak dibuang.

"Setakat ini kita telah berjaya mengumpul lebih 90 tan sampahkhususnya peralatan rumah yang rosak di beberapa kawasan terjejas akibat banjir baru baru ini.

"Dengan keadaan sampah yang banyak ini, kita menjangkakan kerja pembersihan ini mengambil masa satu hingga dua minggu," katanya.

Beliau berkata, bagi kawasan yang ditenggelami sepenuhnya, kebanyakan barang musnah dan tidak dapat digunakan lagi dan terpaksa dibuang.

Katanya MDR mendapati antara barangan yang musnah dan dibuang penduduk adalah perabut, sofa, tilam, barangan elektrik dan pakaian.

Katanya, setakat ini kerja kerja pembersihan dilajukan di kampung Lechar, Pampung Durian Sebatang, Tanjung Putus, Kuala Dong, Ajai dan Panchor membabitkan 30 rumah.

Katanya MDR turut membantu membersihkan pokok tumbang yangmerbahaya kepada penduduk di sepanjang jalan dankawasan perumahan penduduk.

Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 11:00am
d