mutakhir

Panasonic, Grab jalin kerjasama perluas nanoe™X

Oleh Mohammad Asyraf Khalib

PANASONIC Corporation mengumumkan kerjasama dengan Grab Holdings Inc (Grab) dalam pelancaran generator mudah alih nanoe™️X, semalam.

Menerusi inisiatif itu, Panasonic dan Grab komited menawarkan ruang dan kualiti udara lebih baik kepada penumpang Grab Premium.

Bermula pertengahan Januari, sebanyak 5,500 kereta Grab Premium akan dipasang generator nanoe™️X.

Ia merangkumi lima buah bandar di empat negara iaitu Kuala Lumpur, Singapura, Ho Chi Mih, Hanoi dan Jakarta.

Panasonic dalam kenyataannya berkata, permintaan terhadap kualiti udara bersih dan selamat semakin meningkat di seluruh dunia. 

Menerusi slogan 'Kualiti Udara Untuk Kehidupan', Panasonic sentiasa mencari penyelesaian memastikan persekitaran udara berkualiti di setiap ruangan.

nanoe™️ merupakan partikel ion bersaiz nano dihasil menggunakan voltan tinggi pada air dalam udara, mengandungi radikal hidroksil (komponen sangat reaktif) mudah bertindak di pelbagai permukaan.

Dengan nanoe™️X, penghasilan radikal hidroksil terbukti meningkat 10 kali ganda berbanding produk konvensional. 

nanoe™️X sesuai digunakan untuk peralatan rumah seperti penapis udara, penghawa dingin, mesin basuh dan peti sejuk. 

Tidak terkecuali, kenderaan awam seperti kereta api serta penghawa dingin komersial juga boleh memanfaatkan nanoe™️X.

Pengarah Urusan Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Cheng Chee Chung berkata, ketika ini teknologi nanoe™️X sudah pun tersedia dalam penyaman udara Panasonic dan sedang diperluaskan ke produk lain.

nanoe™️X bertindak memelihara udara dan persekitaran dengan pelbagai cara termasuk penyahbauan, pembasmi bakteria dan alergi. 

Peranti nanoe™️X dipasang pada kereta Grab Premium dikuasakan port USB, direka kecil dan kompak sesuai dimuatkan pada ruang pemegang cawan.

Di Kuala Lumpur, sebanyak 1,000 unit generator itu akan dipasang di kereta premium Grab.

Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 4:36pm
d