mutakhir

Ah Long salah rumah simbah cat

Oleh Nurul Amanina Suhaini

Johor Bahru: Polis mengesahkan ada menerima laporan mengenai insiden simbah cat di sebuah rumah di Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan termasuk waktu kejadian.

"Polis mengesahkan mengenai kejadian berlaku. Kes ini masih dalam siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya ringkas ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan wartawan ke lokasi kejadian mendapati kediaman penghuni sudah dicat semula, selain hanya tinggal beberapa kesan percikan warna merah di sekitar pasu bunga di hadapan rumah.

Bagaimanapun, tuan rumah berkenaan ketika ditemui tidak dapat mengulas lanjut kerana masih dalam keadaan trauma.

Difahamkan, cat yang disimbah turut terkena sebuah kereta yang parkir dalam kawasan rumah berkenaan dan ia didakwa perbuatan Ah Long yang tersalah rumah.

Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 5:42pm
d