mutakhir

Bantuan bencana RM176,000 buat maahad tahfiz, madrasah [METROTV]

Oleh Mohd Rafi Mamat

Temerloh: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi bantuan bencana RM176,000 kepada 24 maahad tahfiz dan madrasah terjejas banjir di negeri ini.

Fasa pertama bantuan sebanyak RM70,000 diberikan kepada sembilan pusat pendidikan Islam di Temerloh dan Maran yang menerima antara RM5,000 hingga RM10,000.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abddul Rahman berkata, bantuan berkenaan diberikan susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas baginda melawat Maahad Tahfiz Al-Amin, Kampung Berhala Gantang, yang ditenggelami banjir.

"Bantuan itu bagi meringankan beban kerugian harta benda selepas ditenggelami banjir minggu lalu dan kini terdapat dua lagi pusat pendidikan Islam di Pekan dan Maran yang ditenggelami banjir.

"Bantuan bencana diberikan MUIP ini adalah kali ketiga selepas kejadian banjir besar di Pahang pada 2014 dan 2017 dengan dua kategori bantuan diberikan membabitkan kerosakan teruk dan ringan.

"Jumlah bantuan diberikan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap maahad tahfiz dan madrasah bergantung kepada kerosakan harta benda dialami," katanya.

Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 7:23pm
d