mutakhir

Prihatin BPB bantu mangsa banjir di Johor

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Johor Bahru: Syarikat pemaju hartanah, Boustead Properties Berhad (BPB) tampil membantu mangsa bencana banjir yang melanda Johor baru-baru ini.

Boustead Properties bersama anak syarikatnya, Mutiara Rini Sdn Bhd menderma RM20,000 menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

Sumbangan disampaikan kepada Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat, PBSM, Datuk Rashidi Md Nor, di Johor.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Izaddeen Daud berkata, pihaknya turut bersimpati dengan kehilangan nyawa serta kerosakan kediaman yang berlaku disebabkan oleh bencana ini.

"Kami berharap bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban serta membantu mangsa banjir dalam menghadapi situasi yang sukar ini.

"Kami menghargai usaha dan komitmen yang diberikan oleh PBSM dan pihak berkuasa dalam menyalurkan bantuan penting pada ketika negara sedang menangani krisis kesihatan susulan pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, PBSM mengucapkan terima kasih kepada Boustead Properties kerana tampil memberikan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Johor.

Disiarkan pada: January 15, 2021 @ 9:36pm
d