mutakhir

PM ucap takziah

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa sedih atas pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Mohamed Salleh Abas.

Muhyiddin dan keluarga mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang.

"Bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan Allahyarham dalam memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sepanjang berkhidmat selaku Ketua Hakim Negara pada 1984 hingga 1988.

"Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya pada kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Mohamed Salleh meninggal dunia pada usia 92 tahun, awal pagi tadi.

Tokoh perundangan negara itu meninggal dunia jam 3.20 pagi selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad menerima rawatan di hospital berkenaan selepas disahkan positif Covid-19.

Disiarkan pada: January 16, 2021 @ 1:33pm
d