mutakhir

Naib Presiden PAS positif Covid-19

Oleh Zahratulhayat Mat Arif

Ipoh: Naib Presiden PAS Idris Ahmad dipercayai menjalani kuarantin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, akibat positif Covid-19, semalam.

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria ketika dihubungi New Straits Times Press (NSTP), hari ini.

"Beliau pulang ke kampung halamannya di Perak selepas menghadiri majlis kenduri dan mesyuarat di beberapa lokasi.

"Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menghubungi Idris, petang semalam memaklumkan beliau positif Covid-19.

"Beliau kini menjalani kuarantin dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.

Difahamkan, Idris menjalani rawatan dan kuarantin di HRPB, di sini.

Disiarkan pada: January 16, 2021 @ 7:05pm
d