mutakhir

Mangsa banjir di Pahang berkurangan [METROTV]

Oleh Asrol Awang

Kuantan: Seramai 2,853 mangsa banjir daripada 795 keluarga masih berlindung di 31 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Pahang setakat 4 petang ini.

Portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan daerah Pekan mencatat jumlah paling ramai iaitu 1,853 mangsa daripada 544 keluarga; diikuti Kuantan seramai 715 mangsa (157 keluarga) dan Maran dengan 285 mangsa (94 keluarga).

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan dua sungai masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Hinai), Pekan.

Manakala Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pula melepasi paras berjaga-jaga.

Disiarkan pada: January 17, 2021 @ 8:45pm
d