mutakhir

Kes pukul babit pengawal keselamatan Nepal, bukan Bangladesh

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Insiden kejadian enam pengawal keselamatan memukul lelaki seperti dilaporkan media, hari ini bukanlah warga Bangladesh, sebaliknya mereka adalah warga Nepal.

Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PKIM), Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, semakan PIKM mendapati berita mengenai enam pengawal Bangladesh yang dilaporkan ditahan pihak polis di Alor Setar, Kedah lanjutan pergaduhan dengan seorang lelaki tempatan adalah tidak tepat.

Menurutnya, PIKM ingin mengesahkan bahawa pengawal keselamatan terbabit dalam insiden itu adalah pengawal keselamatan warganegara Nepal yang sah.

"Di samping itu, mengenai fakta kejadian, PIKM ingin menegaskan hanya pihak polis yang memulakan siasatan akan menentukannya," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan enam pengawal keselamatan di sebuah kompleks beli-belah di Lebuhraya Darulaman, di sini, ditahan polis kerana dipercayai memukul seorang lelaki tempatan.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 41 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 34 tahun membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir dilaporkan berkata, kejadian berlaku pada 3 petang Jumaat lalu ketika mangsa meletak motosikalnya di hadapan kompleks beli-belah itu.

Berita berkaitan

'Pukul lelaki tempatan, enam pengawal keselamatan Bangladesh ditahan [METROTV]'

Disiarkan pada: January 17, 2021 @ 9:09pm
d