mutakhir

Kecoh kerana berebut wanita [METROTV]

Oleh Mohd Roji Kawi

Kuching: Kekecohan yang tercetus di hadapan sebuah hotel terkemuka di sini semalam dikenal pasti berpunca salah faham membabitkan teman wanita.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Mohd Salahuddin Che Ali berkata, seramai 17 remaja lelaki berusia 17 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam pergaduhan pergaduhan itu sudah ditahan.

Beliau berkata, pergaduhan itu tidak membabitkan kumpulan samseng tetapi hanya dicetuskan oleh individu yang berselisih faham mengenai teman wanita sebelum disertai rakan-rakan mereka.

"Semua 17 individu itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Mohd Salahuddin berkata, kumpulan terbabit hanya menggunakan topi kaledar dalam pergaduhan itu dan tiada kecederaan serius berlaku.

Kejadian mencemaskan kira-kira jam 11.50 pagi semalam turut dirakam orang awam yang berada di hotel berkenaan.

Video berdurasi 56 saat itu kemudian tular di media sosial sejak petang semalam.

Disiarkan pada: January 18, 2021 @ 1:51pm
d