mutakhir

Pejabat JPJ Taman Daya diarah tutup 7 hari

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di Taman Daya,di sini, diarahkan tutup tujuh hari sehingga 24 Januari depan.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, ia berikutan terdapat kes positif Covid-19 dikesan di premis berkenaan.

"Ia akan dibuka semula selepas kerja sanitasi dan nyah cemar dijalankan," katanya ketika dihubungi.

JPJ Johor dalam satu notis yang dimuat naik di laman Facebook rasminya petang tadi menyatakan premis berkenaan ditutup sepenuhnya kepada orang ramai mulai hari ini selama tujuh hari.

Orang ramai masih boleh berurusan di pejabat JPJ cawangan lain dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor.

Disiarkan pada: January 18, 2021 @ 8:36pm
d